Mengenali seseorang yang boleh berkerja amat penting terutama apabila kita memegang jawatan sebagai seorang ketua dalam apa jua bidang.Baik dari segi penampilan,cara dan gaya seseorang itu melakukan sesuatu kerja.Disini saya nak kongsi sedikit pendapat yang mungkin boleh dimenafaatkan untuk menilai seseorang itu;
1)Mata.Tengok mata dia apabila melakukan sesuatu kerja.Adakah mata dia memandang barang yang di buat itu betul-betul fokus.Cuba tengok dari jauh.Selang bebrapa minit sama atau tidak kualiti barang yang dia buat tadi.Jika sama kualiti memuaskan,bermakna dia betul-betul fokus dan berminat apa yang dia buat tadi.
2)Penampilan.Penampilan seseorang ni boleh dikatakan banyak.Ada yang imej dia bersih tapi malas dan ada juga yang rajin.Tapi kebanyakan orang memikirkan imej kotor saja yang rajin.Tapi itu tidak semestinya.Jika penampilan memeningkan kepala anda untuk menilai,anda boleh kategorikan lagi dengan cara penampilan diri dia sendiri.Maksud saya tadi dari segi cara bercakap,cara dia menyelesaikan masalah,kepantasan dia memikirkan apa yang kita mahukan(pickup)kejujuran dia melakukan sesuatu pekara dan banyak lagi yang kita sendiri boleh ketagorikan.
3)Berkerja guna akal(otak).Sebenarnya pekerja yang menggunakan akal fikiran adalah yang terbaik bagi saya.Itu pendapat saya.Tapi awas bukan yang menggunakan akal tadi untuk menipu anda sendiri...hehehe...!!Untuk melihat pekerja yang menggunakan akal fikiran tadi cukup senang.Apabila dia melakukan sesuatu perkara atau kerja yang agak rumit dia sentiasa tenang dan kualiti pembuatannya sama dengan orang yang bersusah payah dan bertungkus lumus menyelesaikan sesuatu kerja yang agak rumit tadi.
4)Sentiasa mematuhi arahan yang di berikan.Ini cukup mustahak.Dia sentiasa ikut apa yang kita arahkan.Tapi jangan pula percaya 100%.Kadang-kadang depan ikut tapi bila belakang lain pulak di buat.Dalam masalah yang sebegini caranya senang nak selesaikan.Cuba tinggalkan sesuatu kerja tadi untuk dia buat.Sebelum itu anda kena set dulu masa.Jika masa ketiadaan anda masa dia sama atau lebih cepat ini bermakna memang sah boleh di percayai.
Ada banyak cara lagi untuk mengenal seseorang individu yang boleh berkerja atau tidak.Buat masa ini hanya empat saja yang boleh saya muatkan dalam blog saya kali ini.Tapi harus di ingat apa yang saya terangkan di atas tadi.Kalau nak menilai jangan hanya sehari dua saja.Kalau boleh jika seseorang itu sentiasa ada ciri-ciri seperti diatas tadi dan tak ubah dari tahun ke tahun maka inilah yang anda semua perlukan.Bukan untuk kesenangan diri sendiri tetapi untuk melancarkan lagi proses kerja kita.Insyhallah mungkin jika saya di ketemukan dengan penerbit,saya bercadang untuk menulis buku bertajuk"Tips memilih perkerja yang di perlukan"....Tapi buat masa sekarang dalam perancangan saja.Kalau ada penerbit atau saudara mara yang mengenali penerbit yang membaca blog saya kali ini boleh sampaikan ye...Sebelum tu kalau nak buat ulasan boleh tinggalkan di kotak yang warna kuning sebelah kanan blog saya.Itu saja untuk kali ini.Assallamualaikum.......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan