Selasa, 16 November 2010

Tips Menjadi Orang Bawahan (swasta/awam/kerajaan)

Ok kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman semasa saya jadi seorang operator di sebuah kilang.Cara yang saya akan terangkan di bawah barang kali mungkin anda sudah praktikkan atau sedang dalam perjalan sebagai seorang operator di dalam sektor perkilangan,awam  mahu pun kerajaan.Ok,pendapat saya begini;

1)Disiplin.
2)Tanggungjawab.
3)Kerjasama.

a)Disiplin.Paling penting,baik dari segi disiplin diri dan juga disiplin kerja.Apa yang di maksudkan dengan disiplin diri ataupun disiplin kerja di sini ialah;
-ikut peraturan yang telah ditetapkan.
-kedatangan
-kerja yang amat meyakinkan
-kebersihan
-kematangan melakukan sesuatu kerja dengan penuh didikasi.
b)Tanggungjawab.Walau pun kita sebagai orang bawahan (operator)mesti ada tanggungjawab.Jika tiada tanggungjawab suatu hari nanti sendiri akan susah baik kerja di sektor swasta ataupun  kerajaan.
-setiap kerja yang diberikan haruslah di laksanakan sebaik mungkin.
-jika ada nampak sampah yang terbuang merata-rata tolong kutip.
-jika ternampak lampu tak ditutup tolong tutupkan.
Diatas tadi cuma contoh sahaja.Banyak yang boleh diperkatakan tentang tanggungjawab lagi selain daripada apa yang saya terangkan di atas.
c)Kerjasama.Berikankan kerjasama yang baik.Baik dari segi pergaulan,kerja dan sebagainya.Contoh kerjasama yang boleh saya terangkan di sini seperti;
-apabila di suruh membuat sesuatu kerja kena ringan sikit tangan tu.
-jangan terlalu banyak alasan.Orang yang banyak alasan ni selalunya orang malas.
-cuba faham apa kehendak ketua kita.
Itu serba sedikit contoh yang boleh saya terangkan.Ada banyak lagi sebenarnya.Ketiga-tiga di atas tadi cuba praktikkan.Apa yang saya terangkan memang ada kena mengena dengan berkerja di sektor swasta,awam mahu pun kerajaan.Jika anda ada ketiga-tiga ciri di atas tadi inshyallah anda akan di sayangi oleh ketua anda.Jangan peduli apa orang lain cakap.Dia nak cakap bodek ke kipas kuat ke tak apa.Kita ingat masa depan.Percayalah saya cakap,apa yang saya terangkan semua ni kalau ada kekosongan jawatan sebagai ketua andalah yang pertama di pilih.Ok ......itu saja blog yang sempat saya catatkan.Sebelum tu kalau ada nak tambah sikit buatlah di kotak yang kuning blog saya.Itu saja .....assallamualaikum.......

Tiada ulasan: