Ok,....kali ini saya nak kongsi sedikit pengalaman kalau keluar dari penjara(kes dadah/ubat).Saya ni mamang open dan suka berterus terang,bukan nak cari publisiti untuk glamour dalam blog ni.Tapi ini memang kisah hidup yang pernah saya lalui.Saya nak bagi tips sikit untuk yang sama macam saya kat luar sana;
1)jangan sekali-kali jumpa kawan lama dulu buat sementara waktu.
2)jangan pergi ke tempat di mana kita pernah menagih
3)kalau bujang elok la khawin cepat-cepat.Bukan apa bila dah terasa ada tanggungjawab tu takut la sikit nak buat kerja lama tu.(kalau yang berpemikiran nak hidup).
4)jangan suruh kawan lama dulu jemput kalau keluar dari penjara.
5)jangan minum arak,nanti kalau tak puas mabuk teringin nak ulang perbuatan lama(menagih dadah).
6)jangan bercerita lagi tentang dadah.Bila asyik bercerita nanti hati pun teringin nak beli setiup la.
7)kalau kawan lama datang rumah buat la cerita lain.Buat-buat macam tak pernah kena dengan barang tu.
8)kalau kawan marah dengan perubahan kita tadi,elok putus kawan tak apa.Sekarang anda pilih nak duduk dalam ke nak duduk luar.Ingat tu...!!!!
9)paling penting sembahyang 5 waktu,insyhallah jauh la kita dari perbuatan terkutuk tu.
Pernah tak anda mangalami apa yang saya lalui kat atas tadi?Kalau ada cadagan lagi boleh tambah ye.Itu saja tips-tips kali ini,pesanan saya jauhi dadah terutama anak-anak muda sekarang.Bukan apa,kalau dah ketagih nanti walaupun duit tinggal sepuluh ringgit,kalau perut lapar tak makan punya,mesti barang tu jugak yang diutamakan.Ingat emak bapak,ingat masa depan.Satu saya nak ingatkan selagi-lagi hisap dadah,kaki kanan tetap duduk dalam(penjara).Kerana dadah keluarga kepada neraka.Kerana dadah orang boleh bunuh orang,ragut,rompak,pecah rumah dan bermacam-macam lagi.Itu saja asallamualaikum salam satu malaysia.....!!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan