Salam bahagia semua.Artikel kali ini saya nak kongsi sedikit cara nak jadi penyelia atau seorang ketua yang berjaya.Seperti yang kita tau menjadi seorang penyelia ni memang agak pening sikit.Kena kalau bukan kesalahan kita memang tak puas hati betul tak..???Rasa nak marah je.Tapi setiap masalah yang datang mesti ada cara penyelesaiannya.Cara-cara yang mungkin boleh di guna pakai oleh semua pembaca blog saya kali ini:
1)sabar dengan kerenah bos yang selalu melenting.
2)kalau kita ni ketua kerja tentu banyak.Buat buku catitan satu agar tidak mudah lupa.Senaraikan kerja harian kita tadi lepas tu tanda yang mana sudah yang mana belum kerja kita tadi.
3)Senaraikan atau asingkan pekerja yang suka ponteng untuk buat kerja tertentu.Jangan bagi dia kerja yang terlalu penting sangat nanti menyusahkan kita sendiri kemudian hari.
4)Tiap-tiap pagi bagi penerangan tentang kerja yang nak dibuat.Jangan hanya bercakap,tunjukan sekali cara-cara nak buat agar pekerja tadi lebih faham.
5)Kalau nak ajar seseorang pekerja cara buat kerja suruh dia tengok dulu macam mana kita buat.Jangan terus tinggalkan nanti dia pandai curi makan.Dengan cara dalam 15 minit sekali pergi ke tempat di mana dia bekerja.
6)Jangan terlalu dekat atau terlalu rapat dengan pekerja tadi,takut kemudian hari dia pijak kepala kita.
7)Marah ada had,jangan sekali-kali tangan atau kaki digunakan.Itu menjadi kesalahan besar dalam undang-undang buruh.
8)Sebelum membuat sesuatu kita sebagai ketua kena tau dulu kerja yang nak di buat.Zaman sekarang pekerja tak akan hormat dengan ketua kalau dia tahu ketua dia tak pandai buat kerja.Walaupun pendatang asing.
9)Berfikiran positif apabila memotivasikan pekerja yang malas.Anggap kesalahan itu yang sentiasa ada dalam pentadbiran kita.Tapi harus di ingat kerja kita kerja tapi kawan kita kawan.Jangan campurkan.
10)kita sebagai ketua kena datang awal,ini penting senang untuk aturkan proses kerja kita tadi agar ianya berjalan lancar.
Ok,saya harap dengan adanya sedikit pandangan tadi mungkin ada antara salah satu yang boleh di gunakan.Tapi apa yang saya terangkan tadi memang sesuai untuk sesiapa yang bekerja swasta atau kilang.Sebenarnya banyak lagi tips-tips yang saya nak kongsikan.Kalau ikutkan mungkin tak cukup blog ni hehehehe....!!!Apa pun kepada yang teringin nak tambah sedikit artikel saya ni boleh jugak hantarlah ke email saya di bahagian atas sekali iaitu bahagian contact us.Itu saja untuk kali ini asalamualaikum salam satu Malaysia....

5 ulasan:
Good tips. thank for sharing
thank for respon my blog.
Thanks bro..
Teori tak semudah pratikal bro..
Thanks bro
Catat Ulasan